KUALA TERENGGANU: Seorang tukang rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya yang berusia 10 tahun pada 2017.
Tertuduh warga Indonesia yang berusia 56 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nooriah Osman.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 8 malam, antara 1 September 2017 hingga 1 November 2017 di sebuah rumah di Kuala Terengganu.
Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) dan Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.
Tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan bagi setiap pertuduhan berkenaan, jika sabit kesalahan.
Selain itu tertuduh berdepan hukuman tambahan penjara sehingga lima tahun dan dua sebatan, jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 16 akta yang sama.
Mahkamah kemudian menetapkan 25 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000.
Mahkamah juga menetapkan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran, selain tidak dibenarkan menganggu mangsa dan saksi sepanjang prosiding berlangsung.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin.
Nur Fazlizai Ali
Sun Jun 20 2021
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 1 September 2017 hingga 1 November 2017 di sebuah rumah di Kuala Terengganu. - Gambar/ Astro AWANI
Uzbekistan mahu kerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal
Uzbekistan menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan piawaian halal di negara itu mencapai ke tahap yang sama seperti dilaksanakan oleh JAKIM, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gaza sudah 10 hari tidak terima bekalan perubatan
Tiada bekalan perubatan diterima di Semenanjung Gaza selama 10 hari ketika Israel meneruskan serangan ganas ke atas wilayah terkepung itu.
Memerangi fahaman radikal & ancaman baharu pengganas
Untuk perincian berkenaan perkara ini kita bersama Penolong Profesor di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM), Dr Ahmad El Muhammady.
AWANI Ringkas: FBM KLCI dijangka dipacu ke paras rintangan 1,620
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perkhidmatan telekomunikasi Yoodo tamat operasi 29 Ogos ini
Menurut perjanjian gabungan Celcom dan Digi sebelum ini, Celcom harus menutup ataupun menjual perniagaan Yoodo 18 bulan selepas gabungan tersebut dimeterai.
Uzbekistan mahu bekerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal
Uzbekistan juga berhasrat untuk bekerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) bagi meningkatkan kualiti rawatan di negara itu.
Zainal Rahim dilantik Pengerusi Majlis Perundingan Gaji Negara
Bekas Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) bagi tempoh 1 Mei 2024 sehingga 30 Sept 2026.
Serangan Balai Polis: Jenazah anggota polis selesai disolatkan
Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, yang meninggal dunia dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram semalam, selesai disolatkan di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.
Serangan Balai Polis: Penyerang tiada agenda besar
Hasil dapatan itu diperolehi selepas pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai menemubual sejumlah 46 individu yang dipanggil bagi membantu siasatan, termasuk lima ahli keluarga penyerang yang kini berada dalam tahanan polis.
Serangan Balai Polis: Tujuh suspek direman seminggu
Tujuh suspek, termasuk seorang warga Singapura, telah direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Jumaat depan (24 Mei) berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram. Permohonan reman dibuat oleh Majistret Mahkamah Majistret Johor Bahru, Hidayatul Syuhada Samsudin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, Pasir Gudang.
Warga Indonesia berdepan 3 pertuduhan amang seksual terhadap anak tiri 10 tahun
Seorang tukang rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya yang berusia 10 tahun pada 2017.